Friday, June 25, 2010

Perkataan KALAU

Hello!

Sebenarnya aku agak excited dengan aktiviti 'berbelog-belogan' ini. Harini je dah 2 entry aku post Wahhh! Macam baby dapat new toy or makcik dapat handphone caggih yang boleh membuat panggilan video. Semestinya la sesuatu yang megujakan. Kan??..

Semasa aku sedang bertapa dalam bilik termenung di pejabat aku tadi. Aku bukak wallet aku tgk berapa bnyk lagi tinggal dalam wallet(sambil mencongak hagak-hagak cukup ke sampai ujung bulan). Tetiba perkataan KALAU membuai aku dengan mimpi-mimpi indah.

"Kalau aku ade duit sejuta.... Kalau aku ade keta Lamboghini... Kalau itu... Kalau ini..."

Well guys, perkataan KALAU bagi aku sebenarnya kadang-kadang memberikan rasa Full-Of-Shitness kalau kita selalu sangat guna dalam meneruskan perjuangan hidup. Bukan apa, jika banyak sangat berKALAU, aku akan rasa macam reality is totally sucks! Tapi takde la sampai rasa macam nak jadi pinggan berjenama Arcopal daripada jadi manusia. Situasi dibawah boleh dijadikan sebagai contoh:-

Ah Chai kini sudah mempunyai keluarga. Beliau merupakan seorang pekerja di syarikat swasta di ibukota. Di suatu petang ketika beliau sedang mencukur bulu ketiaknya, beliau terfikir.. "Kalau gua mempunyai muka yang menyamai itu Zed Zaidi, kompom producer mengambilkan gua berlakon dalam filem yang diarahi oleh merekapun. Gua membolehkan jadi endorser produk kecantikan kulit atau produk menguatkan tenaga batin. Musti duit aku sudah menjadikan banyaknye pun.. Bile duit gua sudah berbanyak-banyak. Gua bole membelikan sebuah rumah yang besarnyekan pun.. Dan bla..bla..bla..."

Setelah selesai berkalau dengan sangat panjang lebar, Ah Chai tersedar yang raut wajah beliau tidakpun mampu menyaingi kekacakkan abang drebar lori ikan yang tinggal di sebelah rumah sepupunya di Ipoh. Ah Chai terus berasa down to the lowest. Lalu berkata.. "Haddoii, jadi selipar jenama Bowling lagi bagos la dari ada muka seperti ini.."

** Moral of the story, sebenarnya ada positifnya perkataan KALAU ni. The bottom line is, pandai-pandailah gunakan perkataan KALAU untuk menjamin kesejahteraan dan masa depan anda. Hidup ni jika semua senang mana nak datang nikmatnya. Ada thrill, ada adventure, baru best. Tapi aku akui, kehidupan masa kini yang terlalu demanding memang mencabar dan aku tak terkecuali dalam penyalahgunaan perkataan KALAU ini (Ceh! macam penyalahgunaan dadah la plak!)

This Is My First Attempt To Blog

Assalamualaikum wbt..

Hello world! Well by just saying that I've already exposed myself as a programmer. You may find this 'Hello world' phrase in any first program sample regardless of the programming language.

Well now I'm officially considered as a BLOGGER.

Regards,
Azhar