Showing posts with label Perlibahasa. Show all posts
Showing posts with label Perlibahasa. Show all posts

Wednesday, August 4, 2010

Tidur Tak Dengkur, Mandi Tak Wajib

Maksud

Berada dalam keadaan resah gelisah dan serba tak kena kerana tidak dapat bersama dengan gadis/jejaka yang diidam-idamkan kerana telah menjadi hak milik orang.

Contoh

"Sudah-sudahlah tu Hamdan. Tak guna kau menyiksa diri buat mogok lapar segala. Mazni tu dah jadi milik Badrul pon. Macam la takde pompuan lain kat dalam kampung kita ni..." pujuk Zainal

"Aku kecewa Nal, Aku dah tangkap leleh dah ngan si Mazni tu. Dah beribu duit aku habis nak tackle minah tu. Tak semena-mena Badrul yang katik tu jugak yang dapat merasa. Tidur tak dengkur, Mandi tak wajib aku dibuatnya. Tsk..tsk.." rintih Hamdan.

Friday, July 23, 2010

Lembu Baghdad

Maksud

Orang yang bercakap tentang sesuatu topik seolah-olah dia mengetahui tentang topik itu dengan sangat mendalam. Walhal apa yang dikatakannya adalah kelentong belaka dan beliau sebenarnya tak tahupun.

Contoh Situasi

"Farhan.. Zafran tu cakap kalau nak kasi nasik beriani aku ni lagi sedap, masukkan spanar saiz 14 yang digaul bersama air bateri. Betul ke?..." tanya Jamlus kebingungan.

"Yang ko pergi percaya apa yang si Zafran cakap tu apa pasal? Mamat tu lembu baghdad. Saje-saje je ko kena kencing ngan dia. Cakap macam chef. Tapi goreng telur jadi makanan ikan.. Persetankan dia Jamlus..." kata Farhan yang masak benar dengan perangai si Zafran tu

Monday, July 19, 2010

Yang berat sama dibiar, Yang ringan sama direbut

Maksud

Spesis manusia yang pemalas nak mam***. Keje nak yang senang-senang aje. Yang susah lantak laa, biar orang lain buat. Aku percaya, nkorang mesti pernah jumpa jenis manusia yang macam ni kan???

Contoh

"Binawe punya housemates. Beriya-iya ajak kemas rumah. Last-last you ngan I aje yang kena buat semua. They all 4 orang basuh sepinggan sebijik, pastu bergayut ngan balak sambil terkangkang mengorek idung!! Haisssss! Panas! Panas!... " rungut Aliya.

"Biar la mereka membijih hidung mereka tu Aliya.. I tengok diameter lubang hidung sekor-sekor dah nak sama besar ngan lubang ekzos motor you tu. Inilah yang dikatakan Yang berat sama dibiar, Yang ringan sama direbut.. I sebenarnya dah lama dah sabar ngan kelahanatan diorang. Jangan sampai I pegi celup berus gigi diorang dalam mangkuk jamban.." jawab Dania yang bengkek dengan rakan-rakan rumah yang lain.


Muka Kasut

Maksud:

Muka yang menagih kasut platform Jimmy Choo mahupun selipar jepun berjenama Tat Sing untuk singgah ke muka akibat keceluparan mulut mahupun bergurau pada masa yang tidak sesuai

Contoh Situasi:

"Darwisy, kacak lah kau hari ni. Ade awek baru ke? Sharing is caring brader.." tanya Naufal kepada Darwisy yang berduka apabila mengetahui nombor ekor yang diberi oleh tok bomoh tempoh hari tak mengena.

"Kau perangai kalau tak macam vavi tak sah kan? Aku tengah hati bara ni. Ko buat muka kasut tu skali lagi.. Satu penerajang mau singgah sat lagi.." jawab Darwish kepanasan.


Nota Kaki:

Selipar di atas ni sangat gross untuk dipandang. Tapi yang ni laa yang dipakai sebagai pelindung kaki ketika masuk jamban hostel. Kan? Kan? Kan? Mana ada orang beli selipar-hodoh-tapi-mahal-nak-mampos berjenama Crocs di butik semata-mata untuk dijadikan selipar tandas. Kalau ada, sila jadikan saya rakan anda kerana kekayaan melampau anda itu.


Tuesday, July 13, 2010

"Kalau tak dipecahkan ATM machine, manakan dapat duitnya.."

Maksud:

Perbuatan jahat yang dilakukan dengan susah payah untuk mengecapi kesenangan yang sementara dan hidup dalam ketakutan (akibat selalu diburu pihak berkuasa).

Contoh Situasi:

Deraman : Madi, beriya benar kau nak mencuri kuaci kat 7-eleven tu, siap pakai topeng bawak pisau McGuyver segala.

Ismadi : Aku ni seorang yang teliti Man, setiap kerja yang aku buat mesti tak meninggalkan jejak punya. Bukan stakat rompak bank saja yang nak kena teliti. Ini kira practice la ni.. Bak kata penyamun dulu-dulu.. Kalau tak dipecahkan ATM machine, manakan dapat duitnya..