Thursday, July 29, 2010

No Boyfriend + No Husband + No Contraception = Buang Anak

Semalam aku tengok 'tivi' sambil meriba anak aku sorang.... buat masa sekarang (Abby mesti tergelak dengan statement ini). Sedang asyik menonton, tetiba iklan.. pastu tetiba jugak lah ada lagu yang para artis nyanyi ramai-ramai pasal buang anak.

Ini adalah salah satu tanda yang kita ni berada di akhir zaman(tiba-tiba ustaz di situ). Masa college days dulupun, aku dah terdedah dengan perkara-perkara macam ni. In fact, housemate aku sendiri yang turut terlibat secara langsung!. Bermukah dengan chikaro dia merata-rata. Di hotel, di rumah sewa, di rumah sendiri..

Alih-alih chikaro dia yang tak pernah pakai baju yang tak ketat, tak tayang curve dan segala mak nenek lurah, tiba-tiba pakai baju yang loose, jalan cover-cover. Then bila aku tanya housemate aku tu, dia kata dia termengandungkan chikaro dia (boleh TER pulak di situ kan!). Last-last, parents housmate aku boleh pulak sponsor chikaro anak dia ni buat abortion! Wow! Aku tak tau nak kategorikan parents dia ni parents apa. Sangat sporting! Tapi aku boleh kategorikan pembuangan macam ni ialah pembuangan secara separa terkutuk. Pasal tak buang dalam semak, dalam tong sampah, dalam mangkuk jamban atau dalam masjid. (even dalam masjid pon ada orang buang bayi Woh!).

Tak perlu aku perjelaskan tahap keseriusan isu ni pasal korang boleh baca,tonton,dengar dan browse sendiri melalui pelbagai jenis media massa yang ada sekarang. Sex has been taken way too casual these days. Bermula dari perbualan di club or pub, buy a drink(of course la bukan teh 'o' ais limau kurang manis atau sebarang minuman yang tidak beralkohol), bersembang merepek-merepek stok nak up diri sendiri, terkinja-kinja dan bergesel-gesel dengan birahnya on the dance floor, dan berakhir di bedroom! Mudah bukan?

Semudah itu untuk melakukan sex, maka semudah itulah jugak janin digugur dan bayi dibuang. Tak macam zaman dulu, ngorat pakai surat, letak bedak setengah botol. Batuk kering jugak laa si pembaca nak tuip bedak tu dulu baru boleh baca surat tu. Dah macam nak buat kajian artifak Sejarah Kesultanan Melayu Melaka, kena tiup debu yang melekat kat bahan kajian dulu baru start mengkaji.

Lepas surat, set pulak nak jumpa kat simpang. Bukan jumpa takat manapun, setakat bertentang mata time dia lalu kat simpang tu ngan kawan-kawan masa on the way nak pegi ke bandar. And so the story goes as you guys know la kisah cinta muda-mudi zaman tok kaduk dulu-dulu. Kata-kata seperti "Tak dapat tengok orang, tengok bumbung rumahpun jadi.." dah tak boleh diguna pakai dah. Lapuk dan kolot dah. Skarang dah ditukar kepada.. "Tak dapat tengok t*t*k tengok bra pon jadi.." or even worse! (Pikir sendiri yea malas nak mencipta pepatah dalam entry ini)

Pokoknya harus ditebang (abaikan lawak sipi-sipi kelakar ini), kalau takut terlajak, berhati-hati ketika bergaul especially dengan opposite sex. Bukan tak boleh berkawan or bercinta, tapi kena la ada batasannya. Ingat, kalau dah terlajak tu, sedapnya sementara, peritnya sepanjang hayat. Dah terlajak, kena la bertanggungjawab. Takkan taik sendiri pon hang taknak kambus!

Well aku bukannya alim sangat sampai boleh dinobatkan sebagai Imam Muda musim pertama. At least laa kan, aku rasa aku still boleh berfikir and the most important thing is sifat perikemanusiaan. Cuba bayangkan kalau kita berada di tempat bayi yang jadi mangsa pembuangan itu. Baru aje nak kenal dunia. Alih-alih dah dalam tong sampah dihurung semut dan ulat. Nak kenal mak bapak? Haram.. Mak bapak pon tak hingin nak kenal kita. Sedih woh~!

Walaupun kadang-kadang Abby selalu kata aku ni keras hati, heartless sebab selalu makan pedal ayam celup tepung pasar malam. Tapi aku sangat bersyukur kepada Allah sebab aku masih dikurniakan kewarasan akal fikiran, rasa perikemanusiaan. Walaupun aku sukar untuk mengenalpasti acceptable limit seseorang ketika berlawak dan lawak aku selalunya kasar dan annoying. Tapi tergamakkah aku untuk membuang anak? Weiiii korang pikirlaaa sendiri tergamak ke nak buang anak yang secomel ini (lihat gambar di bawah)


Friday, July 23, 2010

Lembu Baghdad

Maksud

Orang yang bercakap tentang sesuatu topik seolah-olah dia mengetahui tentang topik itu dengan sangat mendalam. Walhal apa yang dikatakannya adalah kelentong belaka dan beliau sebenarnya tak tahupun.

Contoh Situasi

"Farhan.. Zafran tu cakap kalau nak kasi nasik beriani aku ni lagi sedap, masukkan spanar saiz 14 yang digaul bersama air bateri. Betul ke?..." tanya Jamlus kebingungan.

"Yang ko pergi percaya apa yang si Zafran cakap tu apa pasal? Mamat tu lembu baghdad. Saje-saje je ko kena kencing ngan dia. Cakap macam chef. Tapi goreng telur jadi makanan ikan.. Persetankan dia Jamlus..." kata Farhan yang masak benar dengan perangai si Zafran tu

Thursday, July 22, 2010

Renungan

"Kalau kita mati, bos akan dapat cari pengganti kita dalam masa beberapa hari saja. Tapi kalau ahli keluarga kita mati, kita akan merasa kehilangannya sepanjang hayat...."

That's the reason why family ALWAYS be my FIRST priority. No matter what!

Selamat Merenung!

Tuesday, July 20, 2010

Botak

Tajuknya ringkas, padat dan tepat untuk menakutkan aku. Aku lebih rela beruban ala-ala Richard Gere dari botak! Lebih-lebih lagi aku masih remaja.. wtf.... Hoh! Aku juga akan berleter panjang dalam entry kali ni. Sigh! Well, berapa panjangpun entry kali ni, please stick with me. Mungkin ada info yang berguna buat korang

Ya, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada kebotakkan. Antaranya faktornya ialah jika anda mencukur kepala anda haruslah kepala anda menjadi botak (Abaikan lawak sisi ini). Salah satu faktor yang aku juga sedang mengalaminya ialah keguguran rambut tahap melampau.

Keguguran rambut ni boleh berlaku kepada sesiapa saja, lelaki mahupun wanita, kambing mahupun kucing, ungka mahupun grizzly bear . Tahap keseriusannya juga mungkin berbeza berdasarkan faktor umur, genetik, kecederaan pada kulit kepala, persekitaran yang kurang bersih, stress, rokok, ubat-ubatan dan ini dan itu.. (banyak sangat faktor malas nak type korang cari sendiri Hoh!!). Keguguran rambut sekitar 50-100 helai sehari adalah dianggap sebagai normal. Woh 50 helai normal??? Macam ngeri je aku rase..

Nak potong pendek ke nak simpan panjang??? Persoalan ni aku dah laluinya dan aku mengambil keputusan membiarkan rambutku panjang tanpa menyedari bahawa menyimpan rambut pendek, (lebih kurang 4 inci) akan gugur sebanyak 85 helai sehari, manakala 12 inci, purata rambut gugur sebanyak 25 helai sementara 20 inci dan seterusnya dianggarkan akan kehilangan 16 helaian sehari. Jadi aku telah mengambil keputusan yang tepat.Plus, aku memang suka berambut panjang. Yeay!

Enough of scaring people with all those unpleasant facts. Kita beralih kepada macam mana nak mengatasi masalah ini. Aku sebelum ni dah pernah cuba bermacam-macam product. Dari yang berharga belasan ringgit hingga ratusan ringgit. Well, bagi yang mempunyai wang yang cukup untuk membeli Ferarri 7-8 bijik, abaikan entry ni dan anda boleh consider Yun Nam Haircare. Tapi untuk average people macam aku, or even yang duit berkepuk dalam poket tapi cheapskate, sila layan entry kali ini sampai habis yea.

Pada mulanya aku try minyak herba yang dibeli dengan harga RM235(aku lupa cap apa). Bau dia macam minyak Zam-Zam yang aku rasa sangat kurang enak baunya. Tapi demi mengembalikan keremajaan rambut, cheeewaah~!, aku cuba. Hasilnya, kurang memberangsangkan sebab scalp aku jadi berminyak stok boleh pakai buat goreng telur mata 2 bijik(over exaggerate). Akar rambut juga jadi tidak kuat sebab terlalu berminyak. So, oil type haircare products is a NO NO!

Selepas itu, aku beralih kepada shampoo Dove Hair Therapy Hairfall Control (exhibit A) dan conditionernya skali, aku cuci hari-hari. Hasilnya rambut menjadi kering. Lepas tu aku try reduce mencuci kepada 2 hari skali, but the result was still the same. Di samping itu aku ada juga cuba natural remedy. Every weekend aku sapu santan, ada juga aku tenyeh limau purut. Tapi masih kurang berhasil. Atau mungkin memerlukan masa yang agak lama dan aplikasi yang konsisten. Untuk makluman, aku tahap kesabaran aku memang agak nipis. Hoh!


Finally, setelah berhari-hari bertanya kepada Pak Google, aku terjumpa la satu forum yang recommend Bonacure Hairtherapy by Schwarzkopf. Jenama Schwarzkopf slalu salon-salon yang guna. Harganya agak mahal daripada product Rejoice Rich yang 'Pakai Jari Pon Boleh' tu. So aku pon pergi la beli. Aku beli 2 botol shampoo (RM54.00 each), satu untuk scalp deep cleansing (exhibit B) another one untuk hair growth(exhibit C). Aku guna hari-hari alternately. Aku beli Schwarzkopf Seborin Active Hair Tonic(exhibit D) dengan harga RM40 dan aku pakai every night sebelum aku tido. Plus, aku dah tak pakai hair gel or hair cream or hair oil, untuk mengurangkan frizz aku pakai hair treatment serum.


exhibit C

Hasilnya sangat memberangsangkan! Rambut gugur pon berkurangan. Sehari average 4-5 helai je gugur. Sekarang dah nak masuk 3 minggu aku pakai. So here's what I'm gonna do, aku nak cuci hari-hari dalam masa sebulan(1 more week left to go since the day I started using them). Then after a month, aku akan reduce kepada 2 hari sekali plus aku akan rendam rambut dengan santan and tenyeh ngan limau purut pada hujung minggu alternately.

So far aku rasa aku taknak potong lagi rambut aku. Just trim kat bahagian tepi je and see how it goes! Dipersilakan kepada sesiapa yang ingin mencuba dan kongsikan hasilnya kat sini. Last but not least, aku nak share ngan korang hairstyle yang aku sangat suka. Peace! Please leave your comments!









Monday, July 19, 2010

Yang berat sama dibiar, Yang ringan sama direbut

Maksud

Spesis manusia yang pemalas nak mam***. Keje nak yang senang-senang aje. Yang susah lantak laa, biar orang lain buat. Aku percaya, nkorang mesti pernah jumpa jenis manusia yang macam ni kan???

Contoh

"Binawe punya housemates. Beriya-iya ajak kemas rumah. Last-last you ngan I aje yang kena buat semua. They all 4 orang basuh sepinggan sebijik, pastu bergayut ngan balak sambil terkangkang mengorek idung!! Haisssss! Panas! Panas!... " rungut Aliya.

"Biar la mereka membijih hidung mereka tu Aliya.. I tengok diameter lubang hidung sekor-sekor dah nak sama besar ngan lubang ekzos motor you tu. Inilah yang dikatakan Yang berat sama dibiar, Yang ringan sama direbut.. I sebenarnya dah lama dah sabar ngan kelahanatan diorang. Jangan sampai I pegi celup berus gigi diorang dalam mangkuk jamban.." jawab Dania yang bengkek dengan rakan-rakan rumah yang lain.


Muka Kasut

Maksud:

Muka yang menagih kasut platform Jimmy Choo mahupun selipar jepun berjenama Tat Sing untuk singgah ke muka akibat keceluparan mulut mahupun bergurau pada masa yang tidak sesuai

Contoh Situasi:

"Darwisy, kacak lah kau hari ni. Ade awek baru ke? Sharing is caring brader.." tanya Naufal kepada Darwisy yang berduka apabila mengetahui nombor ekor yang diberi oleh tok bomoh tempoh hari tak mengena.

"Kau perangai kalau tak macam vavi tak sah kan? Aku tengah hati bara ni. Ko buat muka kasut tu skali lagi.. Satu penerajang mau singgah sat lagi.." jawab Darwish kepanasan.


Nota Kaki:

Selipar di atas ni sangat gross untuk dipandang. Tapi yang ni laa yang dipakai sebagai pelindung kaki ketika masuk jamban hostel. Kan? Kan? Kan? Mana ada orang beli selipar-hodoh-tapi-mahal-nak-mampos berjenama Crocs di butik semata-mata untuk dijadikan selipar tandas. Kalau ada, sila jadikan saya rakan anda kerana kekayaan melampau anda itu.


Thursday, July 15, 2010

Pencarian

Celik
Cari bermula
Diri dan sekalian manusia
Yang cari
Yang berpura-pura tak peduli
Pada hakikat gelodak hati bergelut cari
Berjumpa namun tiada sedar
Lalu cari

Lama
Bergelumang dengan debu
sinar yang membuta
hingar yang memekak
hidup yang plastik di tengah kotaraya
Sejenak menerobos tanya di kotak fikir
Apakah sebenarnya yang dicari
Beza apa yang kucari dengan mereka
Apakan bertemu yang dicari ini nanti

Penat
Lelah dalam cari yang seakan tidak bertitik henti
Samar harapan bertemu
Tertutup kelopak mata dalam lesu
Yang pasti, besok akan cari lagi

oleh: pendekar tangan berapi

Tuesday, July 13, 2010

"Kalau tak dipecahkan ATM machine, manakan dapat duitnya.."

Maksud:

Perbuatan jahat yang dilakukan dengan susah payah untuk mengecapi kesenangan yang sementara dan hidup dalam ketakutan (akibat selalu diburu pihak berkuasa).

Contoh Situasi:

Deraman : Madi, beriya benar kau nak mencuri kuaci kat 7-eleven tu, siap pakai topeng bawak pisau McGuyver segala.

Ismadi : Aku ni seorang yang teliti Man, setiap kerja yang aku buat mesti tak meninggalkan jejak punya. Bukan stakat rompak bank saja yang nak kena teliti. Ini kira practice la ni.. Bak kata penyamun dulu-dulu.. Kalau tak dipecahkan ATM machine, manakan dapat duitnya..

Monday, July 12, 2010

Melalui mata seorang anak.

Mak..

Pernah mengejar aku sampai ke bawah rumah dengan rotan kerana menyembur minyak wangi ke mata adikku..
Beliau umpama penceramah bebas berceramah tentang politik..
Sentiasa bersedia dengan leteran & hujah berskala panjang..
Mak berada di sebelah setiap kali aku berguling di atas katil menahan kesakitan..
Datang membawa kek dan menjeguk aku yang terlantar dengan jahitan di kaki pada harijadiku..
Mak jugalah yang mencuci setiap luka-lukaku akibat kemalangan motorsikal ketika balik dari jamming session..
Dia merasai setiap kesakitan yang aku rasa..
Mak selalu menunjukkan jalan di saat aku tak ada jalan untuk membantu diriku sendiri..

Bapak..

Dia pernah mengurung aku di dalam bilik air, stor, reban ayam kerana selalu mengusik adikku..
Orang yang telah melempang aku ketika aku di tangkap mencuri..
Dialah yang menempeleng kepalaku ketika aku menyorokkan 'report card' yang penuh dengan warna merah..
Bapak sanggup bersengkang mata membetulkan ratusan helai penjuru buku teks sekolahku yang terlipat..
Dia pernah memberikan silent treatment berbulan lamanya kerana aku sering pulang ke rumah jam 3-4 pagi setelah clubbing di hujung minggu..
Di saat aku kesusahan, dialah yangmenghulurkan bantuan tanpa ingin diketahui bantuan itu adalah dari dia..

Aku..

Kini mampu melihat segala pengorbanan kamu berdua dari sepasang mata kecil milik anakku..
Setiap pergerakkan anakku, mengingatkan kembali segala yang pernah aku lalui..
Menyedarkan aku dengan apa yang tergalas dibahuku kini..
Apa yang pasti, maruah mu dan kehormatan keluarga..
Tidak sekali akan ku pertaruhkan..
Sekalipun nyawa menjadi galang ganti..

Mak & Bapak..

Ampunilah aku atas titisan-titisan airmatamu yang gugur ke bumi dek kederhakaanku..
Berjuta kuntuman bunga, kalungan pingat dan pangkat, pujian melangit..
Tidak akan mampu mengungkap kebesaran pengorbanan kamu berdua..
Hanya doaku dan ikirarku membela nasib dan membahagiakan kamu berdua dihari tua..
Dan bagiku, kamu berdua adalah wira sejati yang tak perlu di sebut-sebut namanya..

Thursday, July 1, 2010

Double Faced Tray

Hi all..

Seorang rakan sepejabatku mengadu hari ini beliau sedang mengalami tekanan emosi akibat sikap seorang team mate beliau (will be referred as Mr. X). Memang sebelum ini aku pernah dengar cerita tentang Mr. X ni tapi aku tak pernah mengambil port pon.

Namun setelah mendengar luahan hati rakanku ini, maka benarlah segala rumors yang aku dengar sebelum ini. Tambahan pulak Mr. X sebelum ini berada dalam team lain sebelum diserap masuk ke dalam team rakanku.

Walaupon benda ni tak jadi kat aku so far, tapi mendergar keluhan rakanku semalam aku turut pissed-off. Ape yang Mr. X kejar sebenarnya dengan sikap dan amalan sedemikian, kami pon tak dapat nak kenal pasti. Awak dah la new member, dah pandai nak complain kat superior orang ni tak buat keje, orang tu tak cooperative yada yada yada. Why don't you talk to that person first instead of going straight to the superior? Ini tak, dengan orang tu ko sangat baik seperti tiada apa-apa insiden antara korang.

Tak perlulah dicerita kisah ini dengan panjang lebar and straight to the point shall we? Attitudes seperti Mengadu Domba, Talam Dua Muka (Double Faced Tray), Memburuk-burukkan team members lain adalah sesuatu yang sangat menjengkelkan dalam office.

Sedarlah wahai Mr. X, ko tu dah tua. Cakap bab agama sangat terel. Tapi this kinda attitude, really-really makes "You can take a Malay out of Kampung, but you cannot take Kampung out of a Malay" sangat bertepatan dengan anda (erk, actually 98% tepat sebab he's not a Malay though). Never thought these kinda attitude from a religious guy like you.

Well guys, kalau nak keje, keje la elok-elok. Tambahan pulak keje dalam satu team. Interaksi between team members kena la melalui proper channel. Kita sama-sama cari makan! Buat taik camni, satu team jugak yang busuk..

Saya akhiri entry kali ini dengan satu quote yang sangat menarik.. "The reason there are so few female politicians is that it's too much trouble to put makeup on two faces...". Majulah Mr. X untuk membangunkan modal insan yang berintegriti dan berdayasaing