Wednesday, August 18, 2010

Solat Jamak Terbaru Masakini

Salam Ramadhan semua. Lama jugak aku tak update blog ini. Maklumlah, sibuk skit bulan-bulan puasa ni. Namun demi anda semua peng'follow' setia, aku cari jugak waktu untuk post entry-entry. So cekidaut...

Entry kali ini berkisarkan tentang perihal Solat Jamak. Maklum la.. Raya pun dah tak lama. So ramai antara kita akan bermusafir ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Aidilfitri. Aku turut tak terlepas... Tapi sapa yang duduk di Kajang, nak balik beraya di Serdang mungkin takde la pengalaman bermusafir di Aidilfitri. Kurang satu pengalaman di situ.. Huhuhuh ehh apa aku melalut nih. Sori guys, kalau perut berisi angin, ini la jadinya. Ok back to our topic.

Solat Jamak seperti yang kita semua sedia maklum, terdapat 2 jenis yang disyariatkan dalam Islam. Pertama ialah Jamak Taqdim, di mana kita mengerjakan solat dalam waktu sebelumnya. Contohnya solat Asar dilakukan dalam waktu Zohor.

Manakala yang keduanya pula ialah Jamak Ta'khir di mana kita mengerjakan solat pada waktu sesudahnya. Sebagai contoh:- solat Zohor dilakukan dalam waktu Asar. Ok cukup la setakat itu bab pengenalan Solat Jamak.

Namun, lately, kita telah diperkenalkan dengan Solat Jamak yang terbaru yang telah mendapat tempat di hati umat Islam masa kini. And of course, belum ada lagi mazhab-mazhab yang menyebut tentang solat-solat Jamak ini.Biar aku perkenalkan satu persatu....

1. Jamak Takdan
Ahaaa Jamak ni biasanya dilakukan especially ketika mereka dalam traffic jam di tengah-tengah highway. Tengok jam dah nak Maghrib. Zohor ngan Asar pon tak buat lagi. Ahh takpe. Mereka buatlah Jamak Takdan. Himpun semua skali harung dalam waktu Maghrib.

2. Jamak Takleh
Ini boleh dilakukan ketika pakaian mereka terkena najis atau tidak menutup aurat. Bila orang tanya "Apsal ko tak semayang? Kan boleh Jamak.. Lepas ni tak tau bila nak berenti dah ni.." mereka jawab "Takpe bro, aku buat Jamak Takleh. Aku kencing tadi tak basuh. Toilet kat RnR ni takde air.." .

3. Jamak Taktau
Option Jamak ini, membolehkan mereka Jamak solat Isya' dengan solat Subuh supaya mereka boleh tidur dengan lebih lama. Ini biasanya dipraktikkan apabila tiba di kampung halaman setelah letih mengharung traffic jam. Pastinya badan mereka memerlukan rehat yang lebih lama untuk kembali bertenaga.

4. Jamak Taknak
Ahaaa ini option yang terakhir lah buat masa ini.. Kalau ada lagi aku tak tau la plak.. Korang la plak cerita kat aku.. Jamak ini, memang paling biasa ni... takyah pikir nak solat ke hape ke, redah aje teros.

Hehehhehe korang jangan buat plak yea. Tak pasal-pasal aku yang dapat dosa. Ini sekadar hiburan semata-mata. Takde kena mengena dengan yang belum dilahirkan, hidup, atau yang telah mati. Peace~!


3 comments:

apiz.kamarudin said...

jamak takdan tu = qada' kn? hehehe..

Pendekar Tangan Berapi said...

Bole laa dikatakan Qada'. Tapi kalau dah tau balik raya highway slalu jam, berenti la buat Taqdim. Kan setel~!

apiz.kamarudin said...

sbb x tahu wat Taqdim la jadinya 'takdan' tuuu..