Thursday, July 29, 2010

No Boyfriend + No Husband + No Contraception = Buang Anak

Semalam aku tengok 'tivi' sambil meriba anak aku sorang.... buat masa sekarang (Abby mesti tergelak dengan statement ini). Sedang asyik menonton, tetiba iklan.. pastu tetiba jugak lah ada lagu yang para artis nyanyi ramai-ramai pasal buang anak.

Ini adalah salah satu tanda yang kita ni berada di akhir zaman(tiba-tiba ustaz di situ). Masa college days dulupun, aku dah terdedah dengan perkara-perkara macam ni. In fact, housemate aku sendiri yang turut terlibat secara langsung!. Bermukah dengan chikaro dia merata-rata. Di hotel, di rumah sewa, di rumah sendiri..

Alih-alih chikaro dia yang tak pernah pakai baju yang tak ketat, tak tayang curve dan segala mak nenek lurah, tiba-tiba pakai baju yang loose, jalan cover-cover. Then bila aku tanya housemate aku tu, dia kata dia termengandungkan chikaro dia (boleh TER pulak di situ kan!). Last-last, parents housmate aku boleh pulak sponsor chikaro anak dia ni buat abortion! Wow! Aku tak tau nak kategorikan parents dia ni parents apa. Sangat sporting! Tapi aku boleh kategorikan pembuangan macam ni ialah pembuangan secara separa terkutuk. Pasal tak buang dalam semak, dalam tong sampah, dalam mangkuk jamban atau dalam masjid. (even dalam masjid pon ada orang buang bayi Woh!).

Tak perlu aku perjelaskan tahap keseriusan isu ni pasal korang boleh baca,tonton,dengar dan browse sendiri melalui pelbagai jenis media massa yang ada sekarang. Sex has been taken way too casual these days. Bermula dari perbualan di club or pub, buy a drink(of course la bukan teh 'o' ais limau kurang manis atau sebarang minuman yang tidak beralkohol), bersembang merepek-merepek stok nak up diri sendiri, terkinja-kinja dan bergesel-gesel dengan birahnya on the dance floor, dan berakhir di bedroom! Mudah bukan?

Semudah itu untuk melakukan sex, maka semudah itulah jugak janin digugur dan bayi dibuang. Tak macam zaman dulu, ngorat pakai surat, letak bedak setengah botol. Batuk kering jugak laa si pembaca nak tuip bedak tu dulu baru boleh baca surat tu. Dah macam nak buat kajian artifak Sejarah Kesultanan Melayu Melaka, kena tiup debu yang melekat kat bahan kajian dulu baru start mengkaji.

Lepas surat, set pulak nak jumpa kat simpang. Bukan jumpa takat manapun, setakat bertentang mata time dia lalu kat simpang tu ngan kawan-kawan masa on the way nak pegi ke bandar. And so the story goes as you guys know la kisah cinta muda-mudi zaman tok kaduk dulu-dulu. Kata-kata seperti "Tak dapat tengok orang, tengok bumbung rumahpun jadi.." dah tak boleh diguna pakai dah. Lapuk dan kolot dah. Skarang dah ditukar kepada.. "Tak dapat tengok t*t*k tengok bra pon jadi.." or even worse! (Pikir sendiri yea malas nak mencipta pepatah dalam entry ini)

Pokoknya harus ditebang (abaikan lawak sipi-sipi kelakar ini), kalau takut terlajak, berhati-hati ketika bergaul especially dengan opposite sex. Bukan tak boleh berkawan or bercinta, tapi kena la ada batasannya. Ingat, kalau dah terlajak tu, sedapnya sementara, peritnya sepanjang hayat. Dah terlajak, kena la bertanggungjawab. Takkan taik sendiri pon hang taknak kambus!

Well aku bukannya alim sangat sampai boleh dinobatkan sebagai Imam Muda musim pertama. At least laa kan, aku rasa aku still boleh berfikir and the most important thing is sifat perikemanusiaan. Cuba bayangkan kalau kita berada di tempat bayi yang jadi mangsa pembuangan itu. Baru aje nak kenal dunia. Alih-alih dah dalam tong sampah dihurung semut dan ulat. Nak kenal mak bapak? Haram.. Mak bapak pon tak hingin nak kenal kita. Sedih woh~!

Walaupun kadang-kadang Abby selalu kata aku ni keras hati, heartless sebab selalu makan pedal ayam celup tepung pasar malam. Tapi aku sangat bersyukur kepada Allah sebab aku masih dikurniakan kewarasan akal fikiran, rasa perikemanusiaan. Walaupun aku sukar untuk mengenalpasti acceptable limit seseorang ketika berlawak dan lawak aku selalunya kasar dan annoying. Tapi tergamakkah aku untuk membuang anak? Weiiii korang pikirlaaa sendiri tergamak ke nak buang anak yang secomel ini (lihat gambar di bawah)


3 comments:

blogaku said...

aku ske post nie..good job

syahaneem said...

I LOIKE THIS ENTRY!!!! Saya pun menangis masa first time tgk..meleleh2 air mata saya...teruk betul kan manusia skang nih. binatang pun tau sayang anak...tragis.

Pendekar Tangan Berapi said...

itulah dianya.. khinzir pon tau sayang anak. Sapa2 yang tak sayang anak tu lebih hina dari khinzir