Monday, July 12, 2010

Melalui mata seorang anak.

Mak..

Pernah mengejar aku sampai ke bawah rumah dengan rotan kerana menyembur minyak wangi ke mata adikku..
Beliau umpama penceramah bebas berceramah tentang politik..
Sentiasa bersedia dengan leteran & hujah berskala panjang..
Mak berada di sebelah setiap kali aku berguling di atas katil menahan kesakitan..
Datang membawa kek dan menjeguk aku yang terlantar dengan jahitan di kaki pada harijadiku..
Mak jugalah yang mencuci setiap luka-lukaku akibat kemalangan motorsikal ketika balik dari jamming session..
Dia merasai setiap kesakitan yang aku rasa..
Mak selalu menunjukkan jalan di saat aku tak ada jalan untuk membantu diriku sendiri..

Bapak..

Dia pernah mengurung aku di dalam bilik air, stor, reban ayam kerana selalu mengusik adikku..
Orang yang telah melempang aku ketika aku di tangkap mencuri..
Dialah yang menempeleng kepalaku ketika aku menyorokkan 'report card' yang penuh dengan warna merah..
Bapak sanggup bersengkang mata membetulkan ratusan helai penjuru buku teks sekolahku yang terlipat..
Dia pernah memberikan silent treatment berbulan lamanya kerana aku sering pulang ke rumah jam 3-4 pagi setelah clubbing di hujung minggu..
Di saat aku kesusahan, dialah yangmenghulurkan bantuan tanpa ingin diketahui bantuan itu adalah dari dia..

Aku..

Kini mampu melihat segala pengorbanan kamu berdua dari sepasang mata kecil milik anakku..
Setiap pergerakkan anakku, mengingatkan kembali segala yang pernah aku lalui..
Menyedarkan aku dengan apa yang tergalas dibahuku kini..
Apa yang pasti, maruah mu dan kehormatan keluarga..
Tidak sekali akan ku pertaruhkan..
Sekalipun nyawa menjadi galang ganti..

Mak & Bapak..

Ampunilah aku atas titisan-titisan airmatamu yang gugur ke bumi dek kederhakaanku..
Berjuta kuntuman bunga, kalungan pingat dan pangkat, pujian melangit..
Tidak akan mampu mengungkap kebesaran pengorbanan kamu berdua..
Hanya doaku dan ikirarku membela nasib dan membahagiakan kamu berdua dihari tua..
Dan bagiku, kamu berdua adalah wira sejati yang tak perlu di sebut-sebut namanya..

7 comments:

Puan T said...

ahhahaha yeay!!~da bley type comment!~mak bapak adelah segale2nya.hidup mak bapak!~

syahaneem said...

tik..tik..sob..sob..u made me cry..huhuhuuuu :(

Pendekar Tangan Berapi said...
This comment has been removed by the author.
nisya said...

uhuk uhuk.....terharu biru ijo kuning merah....uuuwwaaaa....

Anonymous said...

siyes terharu...huhuhu...

Pendekar Tangan Berapi said...

Tu la dianya.. aku baru sedar bila aku jadi seorang bapak, baru aku tau sejauh mana mak bapak sanggup berkorban demi anak-anak. RESPECT!!!

eleanemacfarlane said...

Cobra vs Titanium Drill Bits - The Silicon
‎The latest samsung galaxy watch 3 titanium Cobra titanium network surf freely vs. titanium hair titanium apple watchford fusion titanium 2019 Cobra-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet-Billet.