Tuesday, July 20, 2010

Botak

Tajuknya ringkas, padat dan tepat untuk menakutkan aku. Aku lebih rela beruban ala-ala Richard Gere dari botak! Lebih-lebih lagi aku masih remaja.. wtf.... Hoh! Aku juga akan berleter panjang dalam entry kali ni. Sigh! Well, berapa panjangpun entry kali ni, please stick with me. Mungkin ada info yang berguna buat korang

Ya, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada kebotakkan. Antaranya faktornya ialah jika anda mencukur kepala anda haruslah kepala anda menjadi botak (Abaikan lawak sisi ini). Salah satu faktor yang aku juga sedang mengalaminya ialah keguguran rambut tahap melampau.

Keguguran rambut ni boleh berlaku kepada sesiapa saja, lelaki mahupun wanita, kambing mahupun kucing, ungka mahupun grizzly bear . Tahap keseriusannya juga mungkin berbeza berdasarkan faktor umur, genetik, kecederaan pada kulit kepala, persekitaran yang kurang bersih, stress, rokok, ubat-ubatan dan ini dan itu.. (banyak sangat faktor malas nak type korang cari sendiri Hoh!!). Keguguran rambut sekitar 50-100 helai sehari adalah dianggap sebagai normal. Woh 50 helai normal??? Macam ngeri je aku rase..

Nak potong pendek ke nak simpan panjang??? Persoalan ni aku dah laluinya dan aku mengambil keputusan membiarkan rambutku panjang tanpa menyedari bahawa menyimpan rambut pendek, (lebih kurang 4 inci) akan gugur sebanyak 85 helai sehari, manakala 12 inci, purata rambut gugur sebanyak 25 helai sementara 20 inci dan seterusnya dianggarkan akan kehilangan 16 helaian sehari. Jadi aku telah mengambil keputusan yang tepat.Plus, aku memang suka berambut panjang. Yeay!

Enough of scaring people with all those unpleasant facts. Kita beralih kepada macam mana nak mengatasi masalah ini. Aku sebelum ni dah pernah cuba bermacam-macam product. Dari yang berharga belasan ringgit hingga ratusan ringgit. Well, bagi yang mempunyai wang yang cukup untuk membeli Ferarri 7-8 bijik, abaikan entry ni dan anda boleh consider Yun Nam Haircare. Tapi untuk average people macam aku, or even yang duit berkepuk dalam poket tapi cheapskate, sila layan entry kali ini sampai habis yea.

Pada mulanya aku try minyak herba yang dibeli dengan harga RM235(aku lupa cap apa). Bau dia macam minyak Zam-Zam yang aku rasa sangat kurang enak baunya. Tapi demi mengembalikan keremajaan rambut, cheeewaah~!, aku cuba. Hasilnya, kurang memberangsangkan sebab scalp aku jadi berminyak stok boleh pakai buat goreng telur mata 2 bijik(over exaggerate). Akar rambut juga jadi tidak kuat sebab terlalu berminyak. So, oil type haircare products is a NO NO!

Selepas itu, aku beralih kepada shampoo Dove Hair Therapy Hairfall Control (exhibit A) dan conditionernya skali, aku cuci hari-hari. Hasilnya rambut menjadi kering. Lepas tu aku try reduce mencuci kepada 2 hari skali, but the result was still the same. Di samping itu aku ada juga cuba natural remedy. Every weekend aku sapu santan, ada juga aku tenyeh limau purut. Tapi masih kurang berhasil. Atau mungkin memerlukan masa yang agak lama dan aplikasi yang konsisten. Untuk makluman, aku tahap kesabaran aku memang agak nipis. Hoh!


Finally, setelah berhari-hari bertanya kepada Pak Google, aku terjumpa la satu forum yang recommend Bonacure Hairtherapy by Schwarzkopf. Jenama Schwarzkopf slalu salon-salon yang guna. Harganya agak mahal daripada product Rejoice Rich yang 'Pakai Jari Pon Boleh' tu. So aku pon pergi la beli. Aku beli 2 botol shampoo (RM54.00 each), satu untuk scalp deep cleansing (exhibit B) another one untuk hair growth(exhibit C). Aku guna hari-hari alternately. Aku beli Schwarzkopf Seborin Active Hair Tonic(exhibit D) dengan harga RM40 dan aku pakai every night sebelum aku tido. Plus, aku dah tak pakai hair gel or hair cream or hair oil, untuk mengurangkan frizz aku pakai hair treatment serum.


exhibit C

Hasilnya sangat memberangsangkan! Rambut gugur pon berkurangan. Sehari average 4-5 helai je gugur. Sekarang dah nak masuk 3 minggu aku pakai. So here's what I'm gonna do, aku nak cuci hari-hari dalam masa sebulan(1 more week left to go since the day I started using them). Then after a month, aku akan reduce kepada 2 hari sekali plus aku akan rendam rambut dengan santan and tenyeh ngan limau purut pada hujung minggu alternately.

So far aku rasa aku taknak potong lagi rambut aku. Just trim kat bahagian tepi je and see how it goes! Dipersilakan kepada sesiapa yang ingin mencuba dan kongsikan hasilnya kat sini. Last but not least, aku nak share ngan korang hairstyle yang aku sangat suka. Peace! Please leave your comments!









8 comments:

YOI said...

ko pakai je yang jenama Bawang tuh..muka jakie chan.. Nama pon dah nampak klasik. Ala2 cerita dongeng..hahaha

Pendekar Tangan Berapi said...

Bawang?? Bau busuk takley blah laaa.. Member aku ade pakai.. rambut jadi keras, susah nak sikat

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Zakh said...

Kat kedai mane ade jual syampu tu?

Unknown said...

Watson yg besar je ade

unknown said...

hair treatment serum brand ape utk frizz hair? lps pakai tonic apply serum pulak?

Kamarul said...

Korg p FB type seborin ade sorg mamat nie berjaya tumbuhkan rambut balik dgn gunakan shampoo natural argon/conditioner brand watson sbb , argon hair oil brand watson jgk, aloe vera hair and scalp tonic brand watson jgk, castor oil buat mnyk rambut...siap die ajar lg cara pakai, results nmpk after 7 month tp nk kena rajin la jgn harap la pakai sebulan rambut da lebat!!! Discipline nk kena ade kawan...

Qayyum Trompa said...

Macam mana progress setakat ni? Menjadi tak?